HUSNI MUBARAK PATUT INGAT BALIK !



TERJEMAHAN UCAPAN SHIEKH SYA'RAWI

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya'rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya.Samada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?

"..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)..." - (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.

Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.
Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Wayamkuruuna wayamkurullah.." (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : "..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida.." (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;

"..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..".

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi Taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).

Keistimewaan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim"

Untuk renungan bersama..

Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga Bersabda Nabi s.a.w : "Semasa aku
Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah.Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg tidak masin. Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam al-Qur'an : "Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak masin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan".Aku bertanya kepada Jibrail a.s : "Wahai Jibrail a.s, dari manakah Asalnya sungai2 ini dan ke manakah akhirnya?"
Jibrail a.s menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak aku ketahui."Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat Dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia munyuruh aku Memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku Berada dekat sepohon pokok yg besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg amat Besar diperbuat dari permata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya Dari jakut hijau dan kunci-kuncinya dari emas Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya: "Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?
" Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku
masuk sedangkan pintunya berkunci?
Dimanakah kuncinya" Jawab Malaikat itu:
"Kuncinya di dalam tanganmu" Tanyaku :
"Dimana?"

Jawabnya: "Cukuplah engkau ucapkan
Bismillahir rahmaanir rahiim".Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar.Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku: "Apakahengkau sudah cukup puas melihat permandangan ini? Sesungguhnya masih ada
yg engkau belum lihat. Cubalah engkau
perhatikan sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itu memancutkan
airnya". Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahirrahmaanir rahiim diantara (4)
empat batang tiangnya.Dari huruf mim
perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang huruf ha' perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf min perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu.Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga. Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.

-aminnn-


QURBAN

QURBAN LEMBU RM250 satu bahgian
QURBAN DI KEMBOJA, VIETNAM, INDONESIA DAN BANGLADESH.

HUBUNGI SEGERA ATAU SMS TYPE ezq SEND 36553

SABDA RASULLAH SAW KPD SAIDINA FATIMAH RA YG BERMAKSUD: WAHAI FATIMAH! PERGILAH KE TEMPAT QURBANMU DAN SAKSIKANLAH IA, SESUNGGUHNYA DENGAN TITISAN DARAH YG PERTAMA ITU AKAN DIAMPUNKAN DOSA-DOSA MU YG LALU.

RIYAWAT AL-BAZZAR DAN IBN HIBBAN

Ez Qurban Sdn Bhd
No.79-1A, Jalan 3
Batu Caves Center Point
68100 Batu Caves
Selangor

Web : www.ezqurban.org
Tel : 03-61861911 (Pejabat)
: 014-2104865 (H/P)
: 03-61867872 (Fax)

Kenapa perlu menghargai wanita

Kehadiran Hawa di sisi nabi Adam a.s merupakan indikator yang penting bagi membuktikan kepentingan wanita dalam kehidupan manusiawi. Kejahilan manusia menilai melalui cerminan wahyu dan fitrah menyebabkan ketika zaman jahiliyah wanita dihina dan direndahkan kredibelitinya. Anak perempuan dibunuh, wanita di jadikan hamba seks dan sebagainya menggambarkan wanita itu sebagai beban dan libeliti. Di Eropah pada abad pertengahan wanita yang beragama kristian tenggelam dalam lautan kejahilan. Orang Yunani kuno selain orang-orang Sparta dan pengikut Plato menganggap wanita sebagai suatu barangan mainan lelaki dan dipergunakan untuk kesedapan lelaki. Manakala orang Jerman pula pernah mengatakan bahawa perbendaharaan pakaian itu ialah perhimpunan wanita. Selain itu orang-orang Perancis pula mengira bahawa wanita itu wajib berada di antara empat tembok atau dinding.


Kedatangan islam menjernihkan kekusutan masyarakat dan mengangkat martabat wanita sebagai insan yang perlu dihargai dan dihormati. Wanita mempunyai posisi di dalam masyarakat islam tetapi bukan menyaingi lelaki sebagai pemimpin. Wanita mempunyai hak yang diakui oleh wahyu melalui firman-Nya yang berbunyi, "Bagi perempuan ada hak yang baik seperti yang ke atas lelaki" (2:228). Keadilan di dalam islam bukan bermaksud kesamarataan tetapi satu timbangan meletakkan sesuatu pada haknya. Wanita mempunyai posisi di dalam peperangan, diberi hak menuntut ilmu dan sebagainya membuktikan keadilan di dalam islam. Nabi Muhammad sendiri memberi galakan kepada isteri baginda supaya belajar menulis menunjukkan wanita mempunyai hak untuk menuntut ilmu. Kegemilangan islam membawa wanita kemercu kehormatannya sepertimana disebut puan Kremer “ orang-orang arab adalah menyanjungi wanita-wanita Cordova dan dikota inilah orang-orang Eropah memperoleh kesedaran menghormati perempuan”. Sebahagian ulama dan ahli sastera mengakui kelebihan wanita islam. Sejarawan Ibnu Khallikaan menyebut bahawa Ummu Al-Mu’ayyad Zainab Bt. Asy-Sya’ri adalah wanita yang alim dimana tokoh-tokoh ulama mengambil ilmu dan meriwayatkan berita daripada beliau.


Dewasa ini generasi wanita mempunyai pendidikan yang semakin baik. Ramai yang mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai pekerjaan yang baik. Bernama melapor seramai 64.5 % pelajar wanita mendominasi kemasukkan pelajar universiti di Malaysia pada sesi 2008/2009. Fenomena ini telah menyebabkan segelintir daripada meraka telah bangkit dan mempertikaikan hak kesamarataan wanita. Golongan ini mempertikaikan hak mereka di dalam aspek sosial, politik dan ekonomi yang selama ini dianggap dimonopoli golongan lelaki. Di dalam islam terdapat golongan wanita yang mempertikaikan hak meraka daripada segi syarak seperti kuasa talak, pembahagian harta pusaka dan sebagainya. Di Malaysia Sister In Islam merupakan pertubuhan yang lantang di dalam gerakan yang memperjuangkan hak asasi wanita islam. Gerakan faminisme ini secara liberal mempertikaikan hukum yang termaktub di dalam Al- Quran seperti poligami dan sebagainya. Pada asasnya mereka terpengaruh dengan pemikiran liberal yang mengsekularkan agama daripada kehidupan sehingga menerbitkan kenyataan yang menyimpang daripada ajaran islam yang sebenar. Islam menggariskan semua aspek syariat dan perundangan islam adalah adil dan saksama. Hak- hak wanita dibela dan dipelihara menurut hukum yang termaktub di dalam Al-Quran yang releven sepanjang zaman.


Apabila kita mengingini umat islam kembali agung seperti keagungannya di zaman silam, maka kita perlu sedar bahawa hak-hak wanita perlu penuhi selagi hak-hak itu tidak bertentangan dengan kehendak islam. Sesungguhnya sesebuah keluarga itu adalah merupakan tempat pertama kehidupan bermasyarakat, wanita merupakan nadi yang boleh membanggun institusi islam bermula daripada keluarga. Apabila wanita berilmu dan memahami asas dalam membina masyarakat islam melalui kelaurga sudah tentu kebejatan sosial yang berlaku pada hari ini dapat diubati. Ketidakadilan kepada wanita menyebabkan mereka mencari hak sehingga menafikan ketetapan ilahi. Keutamaan mendidik anak-anak perempuan tidak boleh kita nafikan dengan mendiskriminasi hak meraka berbanding anak lelaki. Sesungguhnya negara-negara islam yang maju memberi perihatian kepada perkara ini dimana kaum wanita dilibatkan sama dalam pembangunan sekolah-sekolah, universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian atau jabatan pelajaran. Menyedari kepentingan wanita dalam pembangunan ummah, wanita hari ini telah diancam oleh musuh-musuh islam yang cuba meracuni pemikiran mereka dengan pelbagai strategi. Atas nama kebebasan dan hak asasi wanita yang beracuan barat mereka telah diperdaya supaya jauh daripada landasan islam yang sebenar. Oleh itu usaha untuk membetulkan kepincangani yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini adalah kembali kepada ajaran Al-Quran dan al-Sunnah. Wanita merupakan ujian yang paling besar bagi kaum lelaki. Justeru lalaki juga dituntut menjaga, memelihara dan menjauhkan mereka daripada sebarang perkara yang boleh merosakkan mereka. Ketinggian dan kemuliaan wanita yang digariskan oleh Islam perlu dipelihara agar generasi islam yang terdahulu akan muncul semula mengegar dua pertiga dunia.


Jangan Dengar Telinga Kiri Keluar Telinga Kanan

Dah lama tak menulis artikel di blog ini sampai ada di 'shout box' minta saya update blog. Sahabat-sahabat yang perli tidak perlu cakap siapa pun, dah berbuih mulut nasihat, tak juga-juga update. Adakah ini yang dimaksudkan dengar telinga kiri keluar telinga kanan? Macam- macam cara nasihat yang saya dapat supaya meng'update' blog, ada yang perli, nasihat baik-baik dan sampai tawar diri untuk update pun ada, terharu sungguh. InsyaAllah dengan templete baru ini nampaknya ada sinar dan semangat baru untuk meng'update' blog. Terima kasih kepada penasihat-penasihat sekalian.



Nasihat sangat penting kepada manusia



وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat
Bagi orang-orang yang beriman (Surah Az-Zariyat, Ayat 55)


Islam sendiri menyuruh kita untuk nasihat- menasihati antara satu sama lain agar ia memberi manfaat kepada orang yang dinasihati. Peringatan yang utama bagi umat islam ialah hendaklah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Nasihat atau peringatan ini adalah rukun khutbah jumaat yang sudah pasti didengari oleh para tetamu Allah pada hari jumaat. Sudah pasti setiap jumaat lelaki mu'min di nasihati dengan peringatan ini agar sentiasa memastikan tahap keimanan dan ketaqwaan adalah ditahap yang optimum. Imam Ghazali dalam kitab taubat menyatakan nasihat sangat penting kepada orang yang ingin atau sedang bertaubat. Jika kita tidak dinasihati kene mintak orang tolong nasihatkan. Banyak medan nasihat dan tazkirah dalam kehidupan kita yang perlu disedari dan digunakan sebaiknya. Antaranya keluarga yang disayangi sebagai pemberi nasihat dan sokongan, medan usrah yang penting untuk melahirkan kaderisasi perlu masak dengan nasihat dan peringatan daripada naqibnya, mengunjungi majlis-majlis ilmu dan sebagainya.


Nasihat orang-orang yang saya sayangi atau kagumi :

"Ayah tak bagi harta yang banyak untuk anak-anak ayah tapi ayah suruh cari ilmu,
ilmulah yang akan pelihara dan tambah harta kita" Ayah

"Buat betul-betul exam tu yang penting kita dah usaha, sekarang tawakal je la, mak selalu doakan angah." Bonda

"Jangan sembang pasal perjuangan kalau tak tahun makna perjuangan." Along

"Abang jangan ambik ringan semua benda, nie paklang nak pesan, tuhan jadikan kita ada akal jadi gunakan sebaiknya."Pak lang

"Nak buat sesuatu kene pricise, kamu dah pernah pergi usrah atau program ade yang kene jaga barang amanah, so make sure pricise in your work. Allah tak cipta semua yang ada dengan rawak tetapi semuanya teratur." Dr.Roohaida

Ada banyak lagi nasihat sahabat-sahabat atau sesiapa saja yang tak terlintas untuk ditulis. Yang terpenting adalah penerimaan untuk kita berubah dan melakukan transformasi. muhasabah semula andai kata susah untuk menerima nasihat dan teguran kerana ini adalah salah satu simptom hati kita gelap dan menuju kematian hati dan kemarau daripada rahmat Allah. Ayuh kita istigfar banyak-banyak.