BILA KUAT SOLAT PUN DIKATAKAN SEKULAR

Pemisahan agama dalam kehidupan manusia dewasa ini amat berleluasa setelah hampir ratusan tahun pemikiran sekularisma dicanangkan di dalam masyarakat. Peristiwa hukuman mati yang dikenakan keatas Galileo Galilei oleh gereja menambahkan lagi kebencian orang eropah pada waktu itu untuk bertahan dengan kongkongan gereja. Galileo Galilei dihukum setelah menyokong teori yang pelik bin ajaib pada ketika itu yang menyatakan matahari merupakan pusat sistem suria(heliocentrism) bukannya bumi. Kebangkitan sekularima dengan memisahkan agama daripada kehidupan bertitik tolak daripada penolakan orang eropah terhadap gereja. Kesan daripada itu berlakulah kebangkitan daripada zaman gelap atau renaissance.

Hari ini sekularima semakin membarah dalam kehidupan manusia terutamanya bagi penganut islam di Malaysia. Fenomena sekularima dalam kalangan umat islam berleluasa dengan wujudnya individu-individu atau kumpulan yang menyatakan mereka memperjuangankan keadilan. Akan tetapi penafsiran mereka tentang islam jauh meleset daripada landasan yang sebenar. Ada juga parti politik yang mabukkan kuasa berpendirian agama tidak boleh dipolitikkan atau politik tidak boleh diagamakan. Urusan perbankan yang selama ini bertunjungkan doktrin sekularima hari ini menampakkan perubahan dengan adanya islamik banking, mungkin sebab duit baru nak di islamkan.

Ada yang tidak sedar dalam kalangan yang kuat pegangan agama pun terlibat dalam gejala sekularisma. Sekularisama yang dimaksudkan ialah memisahkan kehidupan daripada agama. Dalam kegairahan beribadat khusus ramai yang alpa dengan kepentingan dunia yang merupakan pelabuhan untuk kepentingan akhirat. Sebagai contoh seorang petani islam yang kerjanya mengusahakan ladang cili. Setelah solat suboh berjemaah petani ini tadi bersiap untuk keladang sekitar jam 8.00 pagi. Aktiviti seperti biasa di ladang iaitu siram air sikit-sikit, cabut rumput sikit-sikit dan baja sikit-skit, itu pun kalau ade . Jam 10.30 pagi balik awal sebab nak solat dhuha. Sebagai perbandingan seorang petani cina bukan islam, sama mengusahakan ladang cili datang seawal 7 pagi melakukan rutin harian. Datang 7 pagi hanya untuk membuat kacukan secara manual untuk memastikan cili menghasilkan veraiti yang diinginkan. Seterusnya 8 pagi meyiram air menggunakan kaedah terbaru disamping kaedah fertigasi yang digunakan. Menyembur pokok dengan baja air atau Byfolan yang penting untuk meransang pembuahan dilakukan setelah semburan racun Nifos yang bertindak membunuh perosak yang menyebabkan antraknose(kulat). Aktiviti ladang ditamatkan sekitar jam 12 tengah hari setelah selesai semua tugasan. Sudah pasti petani cina tadi tak solat dhuha apetah lagi bersedia untuk bersolat zuhor di masjid, mungkin petani cina tersebut ke kedai nombor ekor untuk berjudi. Secara logiknya diakhir proses penuaian sudah pasti petani cina akan mendapat hasil cili yang lumayan kerana dia memastikan proses penanaman dilakukan secara sempurna megikut keperluan fisiologi cili. Tetapi petani islam tadi mungkin tidak mendapat hasil yang diharapkan kerana segala keperluan perkembangan cili tidak diberikan secara optimum selain di serang dengan perosak tanaman.



sunnatullah dan syariatullah perlu dipahami
Situasi yang di nyatakan di atas merupakan contoh sekularisma memisahkan kehidupan daripada agama yang mungkin dilakukan segelintir orang. Sunnatullah atau ketetapan Allah tentang tabii alam perlu dipahami oleh setiap individu muslim agar gejala sekularisma tidak hanya dipandang seperti pemikiran yang memisahkan agama dari kehidupan contohnya parti politik kita sedia maklum. Syaritullah yang menjadi undang-undang kehidupan manusia perlu di amalkan secara holistik olah umat islam agar keharmonian kehidupan manusia dapat dikecapi. Hubung jalin antara sunnatullah dan syriatullah merupakan satu formula yang cukup ampuh untuk melonjak islam kemercunya bukan hanya sekadar berbangga dengan mengatakan dulu 2/3 dunia, islam yang punya.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

1 comments:

arrabe' said...

islam tu agama yang lengkap. tak perlu dipisah2kan.
=)