Kenapa perlu menghargai wanita

Kehadiran Hawa di sisi nabi Adam a.s merupakan indikator yang penting bagi membuktikan kepentingan wanita dalam kehidupan manusiawi. Kejahilan manusia menilai melalui cerminan wahyu dan fitrah menyebabkan ketika zaman jahiliyah wanita dihina dan direndahkan kredibelitinya. Anak perempuan dibunuh, wanita di jadikan hamba seks dan sebagainya menggambarkan wanita itu sebagai beban dan libeliti. Di Eropah pada abad pertengahan wanita yang beragama kristian tenggelam dalam lautan kejahilan. Orang Yunani kuno selain orang-orang Sparta dan pengikut Plato menganggap wanita sebagai suatu barangan mainan lelaki dan dipergunakan untuk kesedapan lelaki. Manakala orang Jerman pula pernah mengatakan bahawa perbendaharaan pakaian itu ialah perhimpunan wanita. Selain itu orang-orang Perancis pula mengira bahawa wanita itu wajib berada di antara empat tembok atau dinding.


Kedatangan islam menjernihkan kekusutan masyarakat dan mengangkat martabat wanita sebagai insan yang perlu dihargai dan dihormati. Wanita mempunyai posisi di dalam masyarakat islam tetapi bukan menyaingi lelaki sebagai pemimpin. Wanita mempunyai hak yang diakui oleh wahyu melalui firman-Nya yang berbunyi, "Bagi perempuan ada hak yang baik seperti yang ke atas lelaki" (2:228). Keadilan di dalam islam bukan bermaksud kesamarataan tetapi satu timbangan meletakkan sesuatu pada haknya. Wanita mempunyai posisi di dalam peperangan, diberi hak menuntut ilmu dan sebagainya membuktikan keadilan di dalam islam. Nabi Muhammad sendiri memberi galakan kepada isteri baginda supaya belajar menulis menunjukkan wanita mempunyai hak untuk menuntut ilmu. Kegemilangan islam membawa wanita kemercu kehormatannya sepertimana disebut puan Kremer “ orang-orang arab adalah menyanjungi wanita-wanita Cordova dan dikota inilah orang-orang Eropah memperoleh kesedaran menghormati perempuan”. Sebahagian ulama dan ahli sastera mengakui kelebihan wanita islam. Sejarawan Ibnu Khallikaan menyebut bahawa Ummu Al-Mu’ayyad Zainab Bt. Asy-Sya’ri adalah wanita yang alim dimana tokoh-tokoh ulama mengambil ilmu dan meriwayatkan berita daripada beliau.


Dewasa ini generasi wanita mempunyai pendidikan yang semakin baik. Ramai yang mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai pekerjaan yang baik. Bernama melapor seramai 64.5 % pelajar wanita mendominasi kemasukkan pelajar universiti di Malaysia pada sesi 2008/2009. Fenomena ini telah menyebabkan segelintir daripada meraka telah bangkit dan mempertikaikan hak kesamarataan wanita. Golongan ini mempertikaikan hak mereka di dalam aspek sosial, politik dan ekonomi yang selama ini dianggap dimonopoli golongan lelaki. Di dalam islam terdapat golongan wanita yang mempertikaikan hak meraka daripada segi syarak seperti kuasa talak, pembahagian harta pusaka dan sebagainya. Di Malaysia Sister In Islam merupakan pertubuhan yang lantang di dalam gerakan yang memperjuangkan hak asasi wanita islam. Gerakan faminisme ini secara liberal mempertikaikan hukum yang termaktub di dalam Al- Quran seperti poligami dan sebagainya. Pada asasnya mereka terpengaruh dengan pemikiran liberal yang mengsekularkan agama daripada kehidupan sehingga menerbitkan kenyataan yang menyimpang daripada ajaran islam yang sebenar. Islam menggariskan semua aspek syariat dan perundangan islam adalah adil dan saksama. Hak- hak wanita dibela dan dipelihara menurut hukum yang termaktub di dalam Al-Quran yang releven sepanjang zaman.


Apabila kita mengingini umat islam kembali agung seperti keagungannya di zaman silam, maka kita perlu sedar bahawa hak-hak wanita perlu penuhi selagi hak-hak itu tidak bertentangan dengan kehendak islam. Sesungguhnya sesebuah keluarga itu adalah merupakan tempat pertama kehidupan bermasyarakat, wanita merupakan nadi yang boleh membanggun institusi islam bermula daripada keluarga. Apabila wanita berilmu dan memahami asas dalam membina masyarakat islam melalui kelaurga sudah tentu kebejatan sosial yang berlaku pada hari ini dapat diubati. Ketidakadilan kepada wanita menyebabkan mereka mencari hak sehingga menafikan ketetapan ilahi. Keutamaan mendidik anak-anak perempuan tidak boleh kita nafikan dengan mendiskriminasi hak meraka berbanding anak lelaki. Sesungguhnya negara-negara islam yang maju memberi perihatian kepada perkara ini dimana kaum wanita dilibatkan sama dalam pembangunan sekolah-sekolah, universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian atau jabatan pelajaran. Menyedari kepentingan wanita dalam pembangunan ummah, wanita hari ini telah diancam oleh musuh-musuh islam yang cuba meracuni pemikiran mereka dengan pelbagai strategi. Atas nama kebebasan dan hak asasi wanita yang beracuan barat mereka telah diperdaya supaya jauh daripada landasan islam yang sebenar. Oleh itu usaha untuk membetulkan kepincangani yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini adalah kembali kepada ajaran Al-Quran dan al-Sunnah. Wanita merupakan ujian yang paling besar bagi kaum lelaki. Justeru lalaki juga dituntut menjaga, memelihara dan menjauhkan mereka daripada sebarang perkara yang boleh merosakkan mereka. Ketinggian dan kemuliaan wanita yang digariskan oleh Islam perlu dipelihara agar generasi islam yang terdahulu akan muncul semula mengegar dua pertiga dunia.


2 comments:

Farid Albariti said...

ada yang pernah berkata, saya sukakan anak lelaki, supaya boleh dibesarkan menjadi pemimpin...

maka saya katakan begini, saya suka anak perempuan, supaya boleh menjadi penolong no 1 pemimpin... :-)

Produk srikandi Islam sebenar!!!

ibnuZul said...

terbaek dari ladang la En farid :)