SISTERS IN ISLAM TAK PERLU DIHARAMKAN



Usul muktamar pas ke55 menggesa pengharaman Sisters in islam telah mengemparkan seluruh Malaysia. Banyak respon daripada individu atau parti politik mengenai NGO ini yang banyak memperjuangankan agenda famanisme dan bertunjuangkan pemikiran liberal. Ada yang bersetuju kerana NGO ini telah menyimpang dari ajaran islam kerana mempertikaikan hukum islam yang sudah termaktub didalam al-Quran dan sunnah. Sebaliknya ada yang berpendapat usul tersebut tidak wajar dengan keadaan negara kita mengamalkan DEMOKRASI(kah kah kah) dan Pas sepatutnya menghormati perbezaan pendapat yang wujud.


Sisters in islam tak perlu diharamkan dan hanya perlu direbrandkan dengan menukar nama kepada SISTERS OUT OF ISLAM. Dengan rebranding ini saya fikir isu Sister in islam boleh menggugat akidah orang islam tidak akan berlaku kerana ia sudah mengistiharkan mereka bukan NGO yang memperjuangankan nasib wanita islam. Kekeliruan tentang islam dapat dihapuskan dengan rebranding ini kerana mungkin persepsi masyarakat Malaysia mengatakan sister in islam membawa mesej islam atas kapasiti nama NGO itu sendiri. Seterusnya kita boleh berpendirian mereka adalah penentang islam dan wajar diperangi.


Sisters in islam sudah kebal dengan sokongan masyarakat yang sudah bersarang dengan pemikiran liberalisma. Masyarakat hari ini sudah memikirkan Islam tidak sesuai diamalkan untuk masa sekarang. Pemisahan agama didalam kehidupan membuatkan manusia merasa bebas berbuat apa sahaja dan bergantung dengan akal pemikiran semata-mata. Keadilan dinilai sebagai ‘pair’ atau kesamarataan bukan mengikut kapasiti masing-masing. Oleh itu timbul pernyataan yang mengatakan al-Quran hanya sesuai diamalkan pada zaman Nabi Muhammad sahaja. Sister in islam atau nama yang sepatutnya SISTERS OUT OF ISLAM pernah mempertikaikan kuasa talak yang hanya dimiliki lelaki, terlibat dengan menyokong IFC dan dan banyak lagi.

Sisters in islam yang sebenar perlu muncul dalam masyarakat yang sudah songsang pemikirannya. Sister in islam yang dimaksudkan mampu membawa agenda wanita dalam masyarakat seperti yang disyariatkan di dalam islam. Golongan ini perlu membela nasib wanita yang dieksploitasi untuk publisiti semata-mata, isu bohsia, minah rempit dan sebagainya. Bukan memperjuangkan agenda yang tidak masuk akal untuk menandingi lelaki yang boleh berkahwin 4 dan mempunyai kuasa talak. Justeru itu serikandi islam mempunyai tanggungjawab yang besar untuk meneutralkan keasidan dalam isu ini bukan hanya tenggelam dengan sorakan semangat.Hanya Allah yang Maha mengetahui.

1 comments:

halim ariffin said...

are u sure xplu d hrmkn???hehhe..bg ana, usul tsebut plu..knp?2 nmanyer pjuangan...nk mnolak y batil.kalau kta duk tgk suasana ngara,bblang kaum dan agma ke..jd xleh nk hrmkn..sdr atau tdk SIS itu akn mpgruhi umt islam pd msa akn dtg w/pun nmanyer d tkar..memg btol, apbla nma d tkar, tdk nmpk la islam d blakang 2..tp, mrka pasti tetp akn truskn agenda mrka, dan yang psti..ia bkl mbwa pgruh y besar pd umat islam d malaysia...so, mncegah dgn mgharmknnyer adlah lbh wjr...sbb kta mlht pd apa y mndtg.ni pndpt ana la y doif..Mohon tjuk ajr....wallahu a'lam