Stadium Sultan Mizan VS Colleseum

Stadium Sultan Mizan

Belum je seminggu berita keruntuhan pasar raya di petaling jaya syeksen 14/20 Malaysia sekali lagi di gemparkan lagi dengan berita keruntuhan stadium sultan mizan di gong badak. Walaupun tidak mengorbankan nyawa seperti di petaling jaya tetapi runtuhan yang berlaku sebenarnya menjadi tanda tanya sejauh mana kualiti dan keselamatan banggunan-banggunan di Malaysia hatta reban ayam pun kena kukuh apatah lagi stadium, hospital dan sebagainya. Mana kualiti kontraktor dari gred A sampai F? dimana tahap kepakaran jurutera dan arkitek di Malaysia? Ataupun ade unsur kurupsi dalam proses pembinaan sesuatu banggunan di Malaysia? 290 juta wang rakyat yang dilabur untuk membina stadium sultan mizan sebenarnya sudah cukup memadai untuk membina stadium yang berkualiti dan kukuh. Ataupun bukan 290 juta jumlah yang sebenar sampai kepada kontraktor yang dilaporkan dari korea. Persoalannya adakah peristiwa memalukan negara ini hanya akan menjadi berita pisang goreng panas tanpa ada tindakan yang holistik untuk memastikan segala punca dibongkar dan dibedah hingga keakar umbi.


Colleseum

Malaysia perlu belajar buat stadium dari Rom yang membina colleseum dan menjadi antara 7 binaan ajaib di dunia sebaris dengan piramid. Colleseum merupakan amfiteater lebih kurang seperti stadium untuk perlawanan gladiator,persembahan drama dan aktiviti keagamaan. Antara perbandinagan stadium sultan mizan dan Colleseum:

Stadium Sultan Mizan --------------------- Colleseum
Terengganu,Malaysia ----------------------Rom, itali
Baru setahun jagung( siap thn 2008) ---Dah hampir 2000 tahun (siap thn 80)
Confirm tak tersenarai 7 keajaiban dunia----Antara 7 keajaiban dunia
Tak sempat nak buat konsert -------- Juga tempat aktiviti keagamaan kristian
Tak pernah kena gempa bumi-------------- 4 kali kene gempa bumi


Binaan yang hebat seperti Colleseum sememangnya bukan hanya diukur dengan kekukuhan menghadapi bencana walaupun ia merupakan pencetus kepada "earthquake engineering".Tetapi kita perlu menyelidiki bagaimana pengurusan sewaktu pembinaan, adakah berlaku salah guna kuasa? bagaimana kepakaran dan kesungguhan jurutera dan arkitek yang terlibat dalam proses pembinaan dimaksimumkan? Berbanding dengan kita sekarang yang lengkap dengan teknologi jentera terkini masih lagi tidak mampu menyaingi kehebatan mereka.

0 comments: