Jangan Dengar Telinga Kiri Keluar Telinga Kanan

Dah lama tak menulis artikel di blog ini sampai ada di 'shout box' minta saya update blog. Sahabat-sahabat yang perli tidak perlu cakap siapa pun, dah berbuih mulut nasihat, tak juga-juga update. Adakah ini yang dimaksudkan dengar telinga kiri keluar telinga kanan? Macam- macam cara nasihat yang saya dapat supaya meng'update' blog, ada yang perli, nasihat baik-baik dan sampai tawar diri untuk update pun ada, terharu sungguh. InsyaAllah dengan templete baru ini nampaknya ada sinar dan semangat baru untuk meng'update' blog. Terima kasih kepada penasihat-penasihat sekalian.



Nasihat sangat penting kepada manusia



وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat
Bagi orang-orang yang beriman (Surah Az-Zariyat, Ayat 55)


Islam sendiri menyuruh kita untuk nasihat- menasihati antara satu sama lain agar ia memberi manfaat kepada orang yang dinasihati. Peringatan yang utama bagi umat islam ialah hendaklah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Nasihat atau peringatan ini adalah rukun khutbah jumaat yang sudah pasti didengari oleh para tetamu Allah pada hari jumaat. Sudah pasti setiap jumaat lelaki mu'min di nasihati dengan peringatan ini agar sentiasa memastikan tahap keimanan dan ketaqwaan adalah ditahap yang optimum. Imam Ghazali dalam kitab taubat menyatakan nasihat sangat penting kepada orang yang ingin atau sedang bertaubat. Jika kita tidak dinasihati kene mintak orang tolong nasihatkan. Banyak medan nasihat dan tazkirah dalam kehidupan kita yang perlu disedari dan digunakan sebaiknya. Antaranya keluarga yang disayangi sebagai pemberi nasihat dan sokongan, medan usrah yang penting untuk melahirkan kaderisasi perlu masak dengan nasihat dan peringatan daripada naqibnya, mengunjungi majlis-majlis ilmu dan sebagainya.


Nasihat orang-orang yang saya sayangi atau kagumi :

"Ayah tak bagi harta yang banyak untuk anak-anak ayah tapi ayah suruh cari ilmu,
ilmulah yang akan pelihara dan tambah harta kita" Ayah

"Buat betul-betul exam tu yang penting kita dah usaha, sekarang tawakal je la, mak selalu doakan angah." Bonda

"Jangan sembang pasal perjuangan kalau tak tahun makna perjuangan." Along

"Abang jangan ambik ringan semua benda, nie paklang nak pesan, tuhan jadikan kita ada akal jadi gunakan sebaiknya."Pak lang

"Nak buat sesuatu kene pricise, kamu dah pernah pergi usrah atau program ade yang kene jaga barang amanah, so make sure pricise in your work. Allah tak cipta semua yang ada dengan rawak tetapi semuanya teratur." Dr.Roohaida

Ada banyak lagi nasihat sahabat-sahabat atau sesiapa saja yang tak terlintas untuk ditulis. Yang terpenting adalah penerimaan untuk kita berubah dan melakukan transformasi. muhasabah semula andai kata susah untuk menerima nasihat dan teguran kerana ini adalah salah satu simptom hati kita gelap dan menuju kematian hati dan kemarau daripada rahmat Allah. Ayuh kita istigfar banyak-banyak.




2 comments:

fahmiza said...

Salam ziarah.
Artikel yg ringkas & sampai maksud yg nak dikongsikan.
Biasanya para blogger yg buat blog ada matlamat mrk sendiri. ada yg nak share pasal kehidupan, pengalaman, dakwah, ilmu, resepi, education etc.
Soalanku: apa matlamat anta buat blog? Adakah anta berusaha mujahadah hati & akal laksanakan matlamat anta?
Ana pun nasihatkan diri yg masih buat silap ni. Istiqamahlah buat suatu amalan walau hanya sedikit. Mujahadah itu pahit krn syurga itu manis...

ibnuZul said...

syukran, ana tertunggu-tunggu komen yang membina...matlamat untuk berkongsi...maaf mungkin tak istiqamah untuk berkongsi dalam wasilah blog nie...