TERKENANG PERANG UHUD

fokus penting dalam memanah


Seronok menarik busur panah yang sudah sekian lama ditinggalkan. Percubaan pertama tersasar dek kerana menggigil menarik tali panah hingga kehidung. Ammar dan Nazri nampak bersahaja menarik dan melepaskan anak panah, mungkin dah seminggu berlatih agaknya. Idris pun tak terlepas peluang mencuba walaupun tangan dah melecet, jihad dan pengorbanan katanya. Sempat juga kami bertanding mewakili negeri masing iaitu Kedah vs Johor. Saya dan Nazri kalah bergaya dengan mata 48 berbalas 49 menentang kedah yang agak bernasib baik.


bukan di medan Uhud..

team Johor

Kalah dan menang adat pertandingan tetapi kisah 50 pemanah di bukit uhud pada 15 syawal tahun ke-3 hijrah merupakan sirah yang banyak pengajaran kepada umat islam. Peperangan Uhud merupakan peperangan yang mengorbankan 70 tentera Islam termasuk saidina Hamzah bapa saudara Nabi s.a.w. Jasad saidina Hamzah telah dilapah oleh Hindun isteri Abu suffian dengan mengelar mayat, membelah jantung mengunyahnya. Jantung tersebut kemudian dimuntahkan kerana berasa pahit. Peristiwa itu menyebabkan Rasul s.a.w merasa amat sedih melihat keadaan Hamzah. Di dalam kucar kacir ikatan tentera islam Rasulullah juga telah dilontar batu sehingga jatuh pengsan, mukanya luka, kedua lututnya bercalar, bibir bawahnya berdarah dan topi kepalanya pecah. Dua cincin rantai topi itu telah terbenam masuk ke pelapis Baginda. Orang musyrik bertambah ramai menyerang Rasulullah s.a.w untuk membunuh Baginda. Baginda s.a.w tetap bertahan bersama-sama sekumpulan orang mukmin, antaranya ialah: Abu Dujanah yang bertindak sebagai perisai Rasulullah. Dia telah melindungi baginda daripada panahan dan membiarkan anak-anak panah menembusi batang tubuhnya. Antara lagi, Saad Bin Abi Waqqas. Beliau telah memanah pada hari tersebut kira-kira 1000 anak panah. Selain itu beberapa sahabat lain juga turut serta dalam memastikan kekasih Allah itu terselamat tanpa memikirkan keselamatan peribadi masing-masing.

PUNCA KUCAR KACIR

Kucar kacir yang berlaku disebabkan pasukan memanah yang diketuai Abdullah Bin Jubair al-Ansori ingkar dengan arahan Nabi supaya tidak meninggalkan posisi diatas Bukit Uhud. Dalam riwayat, baginda berpesan kepada mereka yang bermaksud:

“Jika kamu melihat kami dilanggar garuda (kiasan kepada kebinasaan), jangan kamu tinggalkan tempat kamu ini sehingga aku kirimkan utusan kepada kamu. Sekiranya kamu melihat kami mengalahkan kaum(musyrik ) itu atau kami menewaskan mereka dan mereka terbunuh, jangan kamu tinggal tempat kamu sehingga aku hantar utusan kepada kamu.”

Tetapi dek kerana inginkan harta rampasan perang mereka telah turun walupun telah ditegah oleh Abdullah Bin Jubair. Tentera musyrik yang diketuai Khalid Bin al-Walid yang lari tadi berpatah balik kerana melihat para pemanah meninggalkan posisi mereka dengan menyerang hendap dari belakang. Hanya 10 pemanah tetap berada di posisi asal tetapi jumlah mereka tidak mampu menyelamatkan keadaan disamping hadirnya khabar angin mengatakan Rasulullah telah terbunuh.

Allah taala telah menurunkan beberapa ayat berkenaan Qhazwah ini bagi merawat kelukaan hati orang-orang mukmin dan menyedarkan mereka tentang punca-punca kekalahan yang menimpa mereka. Surah yang dimaksudkan ialah Ali Imran ayat 139-142 dan 152-153, ayat ini mungkin juga boleh menjadi muhasabah atas kekalahan dan kegagalan di dalam hidup kita.

1 comments:

haf ken said...

mmg best arching ni...
tp nk bg pendapat sket based on pglmn mase negeri dulu2...
cara tarik tali or strand tu kurang elok...nti bleh sebabkan busur mudah patah kalo byk kali salah tarik due to tekanan x samerate...
tali tu kalo bleh kene kat hujung hidung...tangan yg tarik plak park kat rahang pipi...so that lebih relax n daya yg dikenakan pada busur lebih stabil...hehee...gudluck...rindu nk memanah...haha