RELATIVITI MASA
Tak sangka dalam sebulan nie hampir satu semenjung Malaysia aku jelajah,ke utara Kedah dalam masa satu hari semalam, Kemudian ke Cameron Highland melalui Kuala lipis(pantai timur) kemudian turun melalui Tapah(pantai barat) dalam masa satu hari, dan yang terbaru merentas pantai timur bermula dengan Pahang terus ke Teremgganu bermalam di Kelantan dan balik melalui jalan lain iaitu Gua Musang. Bile difikir-fikirkan tinggal selatan je untuk melengkapkan pengembaraan merentas semenanjung yang cukup bermakna dalam hidup ini. Perjalanan paling memberi kesan dalam ingatan adalah kembara ke Cameron Highland yang tujuan asalnya hanya melawat tempat program OPKIM 09, bertukar menjadi medan tarbiyah yang bersifat praktikal. Banyak peristiwa yang kami lalui menguji emosi , fizikal dan kemahiran membuat keputusan. Kalau hendak dipermudahkan cerita lagu jejak oleh izzatul islam lah yang mampu mengungkap nostalgia pejalanan kami. Tersenyum Mubarak bile terdengar lagu tersebut disambut gelak tawa Zaid dan Fendi, ditambah lagi jika aku turut menyanyi mengingatkan memori kami bersama.
Menapaki langkah-langkah berduri,
Menusuri rawa lembah dan hutan,
Berjalan di antara tebing curam ,
Semua dilalui demi perjuangan,
Letih tubuh di dalam perjalanan,
Saat hujan dan badai merasuki badan ,
Namun jiwa harus terus bertahan,
Kerna perjalanan masih panjang...
PERSEPSI MASA
Segala peristiwa dan masa yang dinyatakan tadi merupakan satu persepsi semata-mata. Ringkasnya, masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya sesorang itu tidak mempunyai memori, maka pemikirannya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Sebab mengapa seseorang itu merasakan dirinya berusia tiga puluh tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini. Sekiranya memorinya tidak wujud, maka dia tidak akan memikirkan tentang kewujudan satu jangka masa yang telah berlalu dan dia hanya akan mengalami suatu "ketika" yang sedang di diami kini.
Relativiti masa adalah pengalaman yang kita alami di dalam mimpi. Walau pun apa yang kita lihat di dalam mimpi kelihatan mengambil masa berjam-jam, tetapi sebenarnya, ia hanya berlangsung selama beberapa minit, dan mungkin juga hanya beberapa saat.
Einstein sendiri menyatakan, seperti yang dipetik daripada buku Barnett: Ruang dan masa adalah intuisi, yang tidak dapat dipisahkan daripada kesedaran seperti konsep kita terhadap warna, bentuk, atau saiz, Menurut Teori Asas Relatif: "Masa tidak mempunyai kewujudan tetap yang terpisah daripada aturan peristiwa oleh apa yang kita gelar ukuran".
Kelajuan pergerakan masa disukat berdasarkan rujukan yang kita gunakan untuk mengukurnya kerana tidak terdapat jam semulajadi di dalam tubuh manusia untuk mengesan dengan tepat betapa cepatnya masa berlalu. Seperti yang dicatatkan oleh Lincoln Barnett: "Seperti mana warna tak bermakna tanpa mata untuk mengesannya, begitu juga sedetik atau sejam atau sehari tidak bererti tanpa sebuah peristiwa untuk menandainya".
Beberapa contoh menunjukkan masa sekadar persepsi:
Masa kuliah maghrib dirasa kan lama berbanding cepatnya menikmati sup ekor di restoran Pak Ngah BBB sebelum isya’.
Meeting dirasakan lama berbanding melayan YM dan Face book.
Program tamrin dirasakan lama berbanding hujung minggu yang free tanpa aktiviti.
Dan sebagainya, lagi-lagi berkaitan dengan amalan ibadat terasa lama kalau ketika iman lemah.
Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti-bukti saintifik bahawa masa adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa, latar, dan keadaan di dalam banyak ayat-ayat Al-Qur'an. Misalnya, hidup manusia ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh Al-Qur'an:
(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar. (surah Al-Isra:52)
Dan (Ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima alasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia. (surah Yunus:45)
MASA MILIK ALLAH
Kepentingan masa di catatkan di dalam Al-quran dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud:
Demi masa,Sesungghnya manusia didalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Soal keberkatan masa juga perlu kita renungkan bersama, adakan masa yang di beri Allah 24 jam ini di manfaatkan sebaiknya. Ada manusia hidup nya tak lama tetapi sumbangan banyak mengalahkan yang hidup lama. Hanya Allah yang Maha mengetahui.
Rujukan: www.harunyahya.com

1 comments:
Terbaek lah...tak ajak pun jalan2 pusing semenanjung..
Post a Comment